Friday, March 9, 2012

hari ini aku ke sana..


assalamualaikum..hmm..hari ini aku agak gembira kerana aku dapat ke Kota Tinggi..harapan utk berjumpa ibu-bapanya terlaksana..
akan tetapi..ayahnya aku tak bertemu kerana ayahnya menjalankan tugas seorang ayah yang mencari nafkah utk keluarganya.. :)
tetapi tak apa lah..asalkan aku dapat bertemu ibu nya yg agk manis orang nya..hee..
mule2 agk berdebar la sbb first time pergi rumah orang lagi2 perempuan yang sangat aku heeee..paham2 lah..
tujuan asal nak hantar nenek dia ke rumahnye..aku ikot jelah.huu..
sampai2 ingat nak terus balik then dia cakap.. " kita balik afta solat jumaat eh.." aku pon..
emm..orite..padahal terkejut..sbb tatawu nak buat ape..tapi lame2..aku suke plak dok rumah tuh..hee..awak2..saya tak mkn mee kan..tp mulai hari ni..minat pulak mee..sbb mee tuh mcm sedap je..hee..emm..solat jumaat kat sane lah..dgn adik dia..ingat nak tanye adik mcm2..tapi tapelah..lain kali lah aku tanye..emm..sorry awak sbb buat awak tunggu lama..n sorry kat adek awk jugak sbb tunggu lame.hee..n dalam otw balik.aku ade tanye dia pasal post smlm..then one of her member tny empunya.. " emm..awak tk ehem2 ke?? ".. okay..malu gile aku..tp dalam mase aku nk tawu jwpn dia..thanks Q*Q**..emm..then dia ckp..dia sendiri tgh carik jwpn pasal tuh..tapelah..take time..its okay.sy akan tunggu awak..hee..tapi andai kata saya tk dapat dengar jawapan awak tuh..awak simpan baik2 ye..bukan sbb saya sudah ada orang lain..tapi sebab sy dah takde kat dunia nih lagi..ajal maut cinta ditgn Allah kan..mudah2an semuanya yg terbaik utk kita..insyaAllah..

malam nih awak pergi makan dengan diaorang..sy memang ada jeles skit laaa..sikit je okay..hee..sbb emm..awak tahu kot sb ape..tapi sy percaya saya ade kat hati awk..huuu.perasan kan..awak..seriously rindu awak sangat2..malam nih saya tade mood nak makan taw..hee..awk makan utk saya okay..rindu awak..

143 my dear!!

Thursday, March 8, 2012

INI KENANGAN KAMI




awak awak..ingat lagi tak benda benda ni??hee..ada lagi taw kat saya..hee..first time main boling ape semua.n saya tk kan lupa yang awak strike..hebat tuh..semua itu kenangan terindah saya awak tahu tak..
143 :))

kini aku faham


aku berkenalan dengan seorang gadis yang sangat manis senyumnya,,
pada asalnya aku tak mengenali gadis ini..
akan tetapi..semuanya bermula daripada satu terguran..dimana teguran itu bermula dengan..SASTERAWAN..
memang agak kelakar mula-mula..tapi..akhirnya..kami mula rapat..
sehinggakan ada sahaja orang bersuara..peduli apa aku..
orang semua pelik..nak tahu sebab apa pelik..sbb aku ni part 4 and dia..part 6..oh damn..haha
jujur aku luahkan..yang aku minta nombor telefon nya sendiri..dan belom pernah selama ini..mulut ini tergerak utk meminta nombor..hehe..
gadis ini sangat sensitif..memang susah utk menjaga hatinya..oleh itu.aku sentiasa berhati2 agar tidak melukakan hatinya.
tapi aku gagal..adakala aku buat dia menangis..dayus kan aku..
tapi percayalah wahai gadis..aku tidak berniat utk begitu..
aku agak takut kalau dia bersedihan..krn aku takut itu akan menjejaskan kesihatannya..
dan utk pengetahuan korang..dia seorang yang senang jatuh sakit..
aku ambil peduli tentang dia sedangkan dia sendiri tidak ambil berat tentang dirinye..
kadang2 kala aku geram jugak..tapi sabar mengatasi segala2nya..
wahai gadis yang senyuman nya manis..
aku mahu engkau tahu..sekarang ini baru lah aku paham erti sebenar cinta..
cinta yang hendak di redhai oleh Allah bukan lah mudah utk dicari..
harus membezakan yang palsu dan yang hakiki..
dulu gadis2 itu ingin aku miliki krna aku rasa sunyi..
tapi kini..aku sedar..aku harus mencari cinta itu kerana Allah..
aku ingin jadikan engkau yang halal disisiku..
akan tetapi..takdir Allah tiada siapa yang tahu..ketentuanNYa hanya Dia yang tahu..
kita hanya mampu berserah..
harapan aku inginkan engkau bersama didunia ataupun akhirat kelak..
aku mahu engkau tahu yang aku tidak sebaik yang engkau sangkakan..
jgnlah mengharapkan kesempurnaan dlm diriku..
tetapi aku berjanji utk berubah menjadi lebih baik..
aku mahu engkau tahu yang aku punya satu hati,satu cinta dan satu nyawa..
semua itu ingin aku kongsi bersama engkau wahai gadis..
andai tetapi..engkau ada insan yang hebat yang terbaik.
pergilah dengannya..kerana cukuplah melihat engkau bahagia buat aku bahagia..

*walau kata tidak secantik bahasa..tetapi percayalah..ini datangnya ikhlas dan tanpa dipaksa..

andai engkau baca, aku hanya mampu mengukir senyuman.. :)
cerita kita biarlah antara aku dan engkau sahaja yang tahu..biar pahit manis kita semat kan utk jadikan kenangan..

Tuesday, January 4, 2011

nikah tutup aurat..sanding bukak aurat..

Setiap kali majlis nikah, ia biasanya dilangsungkan di masjid mahupun di surau. Jadi, di situ biasanya ahli keluarga terdekat dan rakan taulan hadir untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah yang menyatukan dua hati.

Biasalah, jika dilakukan di masjid, semua yang hadir perlu mematuhi adab memasuki masjid. Sudah pasti, antara lain yang dipatuhi ialah adab menutup aurat dengan sempurna.

Jadi, di situ dapat kita lihat ramai yang hadir cantik menutup aurat khususnya yang perempuan, termasuklah perempuan yang akan dinikahkan.

Alangkah indahnya majlis penyatuan hati disertai oleh orang-orang yang patuh pada tuntutan agama. Aurat dijaga, kelakuan diperhati. Si pengantin perempuan elok menutup aurat, duduk tertunduk mengenang hari-hari yang bakal dilalui sebagai isteri sejurus lafaz nikah oleh bakal suaminya disahkan.

Namun yang sedihnya, ia hanya setakat majlis nikah itu.
Apabila tiba majlis persandingan, tudung hilang entah ke mana, aurat terdedah di sini sana.

Tiada lagi kesucian majlis sepertimana yang ada pada majlis nikah sebelumnya. Itu belum lagi dibincangkan hal tingkah laku yang ada kalanya hilang kawalan. Dalam sedar mahupun tidak, banyak mata yang memerhati.

Malangnya, bukannya semua yang hadir ke majlis persandingan adalah mahram kepada pengantin. Sudah tentu hadirin terdiri daripada orang-orang yang bukan mahram juga, yang tidak halal mata mereka menjamah aurat pengantin, khususnya yang perempuan.

Jika dalam majlis nikah, segala tuntutan agama boleh dipenuhi, mengapa tidak meneruskannya dalam majlis persandingan pula?
Apakah ada beza amalan agamamu ketika majlis nikah dan ketika majlis persandingan? Apabila ada beza auratmu kepada yang bukan mahram ketika di masjid dan ketika di luar masjid? Mengapa ada kesedaran bahawa agamamu ialah Islam ketika dinikahkan, tetapi tidak ketika berada di persandingan?

Pelik. Tetapi itulah realitinya yang kerap berlaku sekarang.

Buat bakal pengantin, sedarlah bahawa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat kepada orang yang bukan mahram setiap masa dan tidak kira di mana-mana.

Nasihat ini bukan khusus untuk wanita sahaja. Buat keluarga pengantin perempuan, tunjukkanlah cara yang terbaik yang menurut tuntutan Islam dalam menganjurkan majlis. Buat si bakal suami, ketahuilah bahawa sejurus lafaz nikah disahkan, tanggungjawab, dosa dan pahala isteri ditanggung suami. Usahlah menjadi suami yang dayus dengan membenarkan isteri mendedahkan auratnya.

Seolah-olah tidak ada makna dan tidak istimewa nikah yang dilafazkan sekiranya mata orang-orang yang bukan mahram berkongsi melihat aurat isterimu.



insyaAllah saya akan pastikan bakal isteri saya menutup aurat..hee!!

Rasulullah S.A.W mandi bersama isteri

Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.

Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT..


ayieaziz..

Monday, January 3, 2011

2011??nas..eka..teyaa(nur athira farhanah bte zainal abidin)hahah

happy new year!!ahahah..sempat lg kan aku ckp bnde ni kat korang???da lame la kot aku tk ngupdate blog ni..ahahaha!!tahun baru azam baru..ape azam aku??aahahahah!!nthla weh..tp yg aku tawu nk kasik naik itu pointer la..last sem 3.31....this sem..hanya Allah yang tahu..now im at larkin!!before dtg sini..hasrat aku da tercapai da..da lepak habis2an gan depa sume(nas,syamin..lain2)...then ade tuh nas ajak eka n tira main bdminton..mule2 hari rabu..mmg aku tade mood nak main tyme tuh..ahaha!!then mas ajak hari khamis lak..tk kn nk tolak kan.??btw..tira tade tyme tuh..da lame kot aku tk jumpe mmber aku yg sorang tuh..rindu giler kat kau TEYAA!!tapi ape bole wat..then before aku berangkat ke JB aku ade meset TEYAA..dia ckp gan aku if ade kesempatan dia akan jumpe kiteorg..TEYAA!!aku paham ar..kau busy an kat rumah..tapela..nnt if kite jumpe.kite hangout habis2an yer??ngan nas sume..hee...pasal main bdmintn tuh..EKA!!ahahah...bolela..more on training k..practise make perfect..try harder k..senang je main ni..jus pukul2..tp pukul tuh bak kate org kene ade stail..ahahah!!btw..atiq hebat gak an..tercicit guey kejar..ahah!MIHAT smpai tergelak kan aku...sial doh..ahaha!!aku gan adek gak la gandingan terhebat..ahah!nice job adek..mihat???kau mmg rajen..tp..kau gabra sgt doh..smpai pukul pon nth kemana..juz chill je..k la..mandi2..kelas...c u all tyme chinese new year k..

p/s:eka..ayie da plan awal2..senang kan??ahaha!!

politik bangsa atau agama?

"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. [Surah Al-Zukhruf, 43:36]

Manusia sentiasa berubah, dan perubahan itu perlulah dibuat dalam lingkungan yang positif, menuju hijrah. Saya bukanlah seorang yang mahir berpolitik, namun atas dasar bahawa ini adalah salah satu keperluan dalam kehidupan, makanya perlu saya mengambil peduli tentang hal ini

Rata-rata jika ditanya mengenai hal politik, ramai anak muda yang menggeleng kepala, tanda tidak mahu terlibat sama. Melihat dari perspektif bahawa politik itu celaru, keliru, kotor, busuk, sampah dan sebagainya kerana dihuni oleh manusia-manusia yang kosong nilai amanahnya, itu bukan tanda alasan utama untuk kita menidakkan sikap kepedulian dalam hal ehwal politik.

Media massa dewasa kini sudah semakin lari dengan peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar. Menyalur maklumat yang telus kepada masyarakat, bukan sekadar memilih haluan dan memburukkan haluan yang lain. Anak-anak muda lebih gemar menjadikan berita-berita di internet sebagai rujukan utama. Kuasa anak muda bergelombang pada pilihanraya yang lalu. Menunjukkan tanda protes kepada kerajaan atas lakonan politik yang begitu muak dan memualkan.

Setiap kali saya melawat ke sekolah, bertemu guru-guru yang pernah mengajar saya dahulu, topik perbualan kami lebih menjurus kepada isu semasa dan putaran politik Malaysia. Benar, seronok jika dapat berbual dengan para pendidik yang memberi pandangan dan kadangkala terselit perdebatan, bukan untuk menentukan siapa benar atau salah, kerana akhirnya kami sedar bahawa itulah realiti kini.

"Baguslah kau, aku jarang dapat berbual dengan kawan-kawan tentang hal politik, tapi tak sangka kau pun minat juga,"

"Itulah, aku pun tak sangka, sebab kawan-kawan aku pun tak minat cerita hal politik. Kalau kau nak, boleh jumpa ayah aku, lagi best kalau dapat berbual dengan dia. Ayah aku selalu cerita hal-hal macam ni kat aku," jawab kawan saya pula.

POLITIK DAN HIDUP ITU SIMBIOSIS

Salah satu juzuk dalam kehidupan kita adalah politik. Tanpanya maka tidak wujud kehidupan berorganisasi dan sebagainya. Justeru, saya agak kecewa apabila kebanyakan masyarakat tidak mahu mengambil tahu mengenai hal politik ini. Sikap AKU TIDAK PEDULISME dan ADA AKU KISAHME adalah suatu penyakit atau barah yang mula hinggap di dalam diri masyarakat kini.

Saya tidak mahu menuding jari pada sesiapa kerana puncanya juga adalah dari ahli politik yang menyelewang niat mereka dari membela nasib rakyat. Mementingkan nasib kroni dan periuk nasi sendiri, menyebabkan kebanyakan masyarakat cukup kecewa dengan sikap pemimpin sebegini.

Anak muda, dengarkan ini! Anda mahu hidup bersenang-lenang, keselamatan terjamin, kesihatan terjaga dan sebagainya namun anda sendiri menidakkan rasa mahu mengambil peduli tentang hal politik. Kemahuan dan kehendak anda itu lahirnya dari hal ehwal politik, justeru malulah pada diri kerana anda ibarat melukut di tepi gantang!

Malahan saya juga begitu kecewa pada wajah politik yang dicemari dengan ahli yang begitu taksub dengan parti hingga tidak sedar diri saling memfitnah. Bersikap matanglah dalam berpolitik! Kata-kata keji, buruk, fitnah dan umpatan, adakah itu yang diajar oleh misi dan objektif parti kepimpinan anda? Jika benar, pemimpin parti melakukan sebegitu, perlukah kita turut mengikut kelakuan mereka yang buruk?

Bila melihat laman haluan kiri dan kanan, saya sering melihat komen yang ditulis. Hampir 90% mengutuk dan menulis dengan kata-kata keji dan kotor, di mana kewibawaan dan kematangan kita dalam berpolitik ketika itu? Ingat, kata-kata yang ditulis itu menzahirkan keperibadian anda sebenarnya. Saya mohon, ayuh kita menjadi matang dalam pemikiran dan perasaan!

ISU KETUANAN : HAK ALLAH ATAU HAK KITA?

Lewat masa kini, suara-suara yang berkumandang memainkan kembali mengenai isu ketuanan, isu kenaikan harga barang dan sebagainya. Ketuanan melayu, itu yang diperjuangkan. Bangsa Melayu, sibuk memperjuangkan hak sendiri, kerana ini tanah air mereka, hingga tidak memikir hati dan jiwa bangsa lain.

"Tanah air ini, milik bangsa kita, perlu kita perjuangkan!," ucap seorang pemimpin parti perjuangan bangsa, berapi-api pidatonya pada persidangan antarabangsa. Terlupa akan sesuatu bahawa tanah ini, bumi yang dipijak ini adalah milik Allah, hak Allah. Kalian sibuk memperjuangkan hak bangsa, tetapi di mana perjuangan untuk hak Allah?

Logiknya, saya fikir, jika asas perjuangan sesebuah parti itu atas nama bangsa, maka tidak RELEVAN untuk diguna pakai lagi. Malaysia punya masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa, jika semua parti mahu memperjuangkan nasib bangsa, hingga kiamat pun tidak akan habis perjuangan itu.

Tetapi jika asas perjuangan adalah nama KETUANAN IMAN DAN ISLAM, itu adalah sepatutnya. Kita mahu hidup sejahtera, aman dan selesa, semua itu ada pada ISLAM. Fikrah kita sama, kiblat kita sama, hanya kerana nafsu dan ego yang membezakan corak perjuangan ini. Justeru, tidak salah untuk kita saling meletak ego dan nafsu, kembali kepada perjuangan IMAN dan ISLAM.

Wahai jiwa yang buta sejarah! Lihat sirah Rasulullah SAW, bagaimana Negara Madinah yang dipimpin oleh baginda hidup sejahtera, hidup berbilang kabilah dan bangsa, namun bagaimana Rasulullah boleh memimpin dengan begitu baik sekali, politiknya sejahtera. Di Madinah, ada sahaja yang bukan beragama Islam, tetapi mereka boleh menerima dan hidup sejahtera.

Pada masa itu,adakah para sahabat berpolitik atas nama perjuangan kabilah atau bangsa? Jawapannya TIDAK! Para sahabat dan orang Islam amnya, memperjuangkan kalimah Allah, menjadikan IMAN sebagai ketuanan diri. AJARKAN MEREKA TENTANG POLITIK BERWAJAH ISLAM

Jika anak-anak yang masih muda belia berbicara tentang politik, mungkin terkejut ibu bapa, menjadi panik. Ibarat si anak sudah melakukan khilaf paling besar dalam diri mereka, lantas dicuci minda anak supaya tidak berfikiran seperti itu. Ini kesalahan paling fatal pernah saya lihat!

Ajarkan anak tentang politik yang berwajah Islam, bagaimana? Didik mereka menjadi anak yang berAMANAH, didik mereka menjadi anak yang berPERIBADI AL-QURAN DAN SUNNAH, didik mereka menjadi anak yang MENEPATI MASA, didik mereka cara menjadi pemimpin yang ADIL.

Itu adalah tanggungjawab ibu bapa, bukan sekadar cukup pakai, makan dan tempat tingaal mereka, tetapi asas kehidupan berpolitik inilah yang sering ibu bapa terlepas pandang. Apabila sudah terdidik dengan peribadi sebegini, insyaAllah mereka akan lebih berfikiran matang, menentukan hak dan batil. Ini yang kita mahukan, bukan sekadar melihat anak muda kita leka dengan hiburan yang bisa meroboh jiwa dan iman mereka

Saya mohon kemaafan andai entri ini menyebabkan ramai yang marah, terhina atau rasa bermacam-macam, kerana ini hanyalah pendapat dari seorang anak muda yang masih mentah dalam kehidupan.

Mana yang elok, jadikan pengajaran, mana yang salah jadikan pedoman.

Tegurlah jika diri ini salah, kerna ego itu dididik dengan siraman nasihat.

Marilah kita kembali kepada perjuangan hidup yang sebenar. Perjuangkan ISLAM,maka nasib BANGSA juga turut terbela,insyaAllah..

Wallahua'alam bisssawab.