Wednesday, May 26, 2010

Jenayah perang Israel belum dapat dihukum oleh sesiapa

Pencerobohan Israel ke atas Gaza yang bermula pada hujung tahun lepas dan berakhir awal tahun ini telah menyaksikan kemusnahan harta benda awam, kehilangan nyawa dan sekatan ke atas Gaza yang telah menambahkan lagi keperitan hidup penduduknya. Jelas, Israel telah melakukan kekejaman yang melampaui batas dalam serangan tersebut. Namun, laporan Goldstone bagaimanapun turut menyalahkan pergerakan Hamas yang “mengebom” kota Sderot berhampiran sempadan Gaza dan Israel sebagai suatu jenayah perang kemanusiaan.

Di sini ada beberapa fakta yang perlu difikirkan daripada laporan tersebut:

1. Mengaitkan Hamas sebagai turut melakukan jenayah perang di samping Israel adalah sesuatu yang keterlaluan. Benar, Hamas melancarkan serangan roket ke atas kota Sderot, tetapi jumlah angka kematian penduduk Israel adalah seratus kali ganda lebih rendah daripada jumlah angka kematian penduduk Gaza akibat serangan Israel ke atas Gaza. Serangan roket Hamas tidak lebih daripada serangan bunga api (fire- crackers) jika dibandingkan dengan serangan Israel. Israel yang dibiayai oleh Amerika Syarikat berbillion dollar setiap tahun memiliki persenjataan yang lengkap dan merbahaya. Di dalam serangan Israel ke atas Gaza, Israel telah menguji berbagai jenis senjata merbahaya yang bukan hanya membunuh, tetapi juga melumpuhkan penduduk Gaza dengan penggunaan senjata seperti White Phosphorus dan Dense Inert Metal Explosive (DIME) yang menyebabkan mereka yang terdedah kepadanya menjadi cacat seumur hidup. Sekiranya roket Hamas adalah lebih merbahaya daripada senjata Israel, kenapakah perlu Israel membalas serangan Hamas dengan menggunakan helikopter dan pesawat pengebom buatan Amerika seperti Apache atau F-16? Kenapa Israel tidak meniru sahaja cara Hamas membuat roket mereka yang “merbahaya” untuk menyerang balas Hamas di Gaza?

2. Laporan Goldstone tidak lebih daripada suatu pengumuman. Ini kerana banyak peristiwa sebelum ini, sejak berdirinya negara Zionis Israel pada tahun 1948, selalu memihak kepada Israel yang dilindungi oleh kuasa veto Amerika Syarikat yang menyebabkan Israel belum pernah dihukum oleh badan PBB. Peristiwa jenayah perang yang dilakukan oleh Israel pada tahun 1982 semasa pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di khemah pelarian Shabra dan Shatila masih belum mendapat keadilan sepenuhnya. Sebaliknya apabila Irak menceroboh Kuwait untuk mengistiharkan Kuwait sebahagian wilayahnya, badan PBB cepat bertindak mengusir Irak tidak sampai setahun selepas pencerobohan tersebut. Ini dibandingkan sejak 1967 Israel menduduki Gaza, Tebing Barat dan wilayah Golan sejak berakhirnya perang 1967, PBB masih berdiam diri tanpa apa-apa tindakan.

3. Laporan tersebut mengenepikan peranan rejim Mesir yang bersubahat dengan Israel. Mesir menutup sempadan Rafah berhampiran dengan Gaza, mengakibatkan bantuan perubatan tidak sampai ke penduduk Gaza, di samping menghalang pelarian Gaza daripada mendapat bantuan kemanusiaan di Mesir. Di sini Mesir yang bersubahat dengan Israel juga telah melakukan jenayah perang ke atas penduduk Gaza dengan menafikan bantuan kemanusiaan ke atas penduduk Gaza sambil membiarkan penduduk Gaza mati berhadapan dengan serangan Israel.

Pertubuhan dan undang-undang antarabangsa yang diwujudkan kononnya untuk mendatang kesejahteraan dan keadilan kepada penduduk dunia tidak dapat mendatangkan kesejahteraan, keadilan dan keamanan untuk umat Islam, tetapi sebaliknya melemahkan umat Islam keseluruhannya. Israel belum dapat dan tidak dapat dijatuhkan hukuman oleh PBB. Umat Islam mesti memecahkan belenggu sistem dan kehidupan sekular dan mendirikan Daulah Khilafah untuk menghukum jenayah perang israel

No comments:

Post a Comment